Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) hari ini memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Persatuan Pekerja Professional Filem Malaysia (Profima) menerusi Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS).<br /><br />Menurut Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim, kini pengiat seni dilindungi di bawah skim terbabit dengan bantuan kerajaan membayar insentif 80 peratus caruman terhadap golongan itu.
